Sunday 4 November 2012

sajak untuk ibu





Ibuku,
Engkaulah teman
Pengubat segala duka
Di kala aku keseorangan
Engkau datang menghulurkan Kasih sayang mu

Ibuku,
Kasihmu seharum kasturi, Seindah sinaran mentari
Sehalus pasir di pantai, Selembut bayu bertiup

Ibuku,
Tiada kata dapat ku ucapkan
Tiada madah dapat ku tuliskan
Tiada rasa dapat ku luahkan
Tiada yang lebih indah dari kasih sayangmu

Ibuku,
Bagiku kau amat berharga
Jasamu akan ku kenang, Hingga akhir hayatku
TERIMA KASIH IBU……………..
TERIMA KASIH IBU………………

Saturday 3 November 2012

aktiviti kelas

murid-murid sedang menyiapkan tugasan
Aktiviti kelas merupakan aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid sewaktu p&p dijalankan. Aktiviti kelas boleh dikatagorikan kepada aktiviti individu dan berkumpulan. Dalam aktiviti kelas murid - murid dikehendaki melakukan tugasan yang diberikan dalam jangka masa yang ditetapkan. ini dapat mengcungkil daya pemikiran murid dalam menyelesaikan latihan dalam lembaran kerja.

tugasan individu

tekun menyiapkan tugasan masing-masing.